Sunday, October 12, 2008

SELAMAT HARI RAYO!

Salam Lebaran Minal Aidilwal Faizin!

Ramadhan telah pun berlalu. Kini menyambut pula syawal bulan yang mulia dimana semua umat Islam menyambut Hari Raya, hari kemenangan kita. Kemenangan pun kemenangan juga, jangan nak menangkan perut dan kocek tu sampai datangkan mudarat. Paham pahamlah maksud wak ni. Maklumlah, orang kita sambut raya kalahkan sambut countdown atau National Day, hah! kalau satu bulan syawal..satu bulan bebaju kurong dan kiri kanan semuanya open haus. Wak perasan lah, bandingkan semua negara kepulauan melayu dan tanah Islam, Singapura yang menyambut raya dengan penuh gemilang dan bergemerlapan. Tak berhenti henti, jalan raya dan perjumpaan disana sini. Kalau di negara negara lain, mereka hanya berhari raya hanya satu-dua minggu je. Itu pun secara sederhana, yang wajib ramadhan kerana nikmatnya berbeza. Takpelah orang kata takda baju baru pun takpe, asalkan syawal membawa kemenangan dan nikmat setalah berpuasa di bulan ramadhan.

Jadi ingat ingat lah sikit ye...borong pun borong jugak hari raya ni..jangan esok lusa kena isi borang pulak. Hehehe paham pahamlah maksud Wak ye.

Semuga lebaran tahun ini membawa kesedaran semua bahawa ekonomi pun dah makin merosot, apa kata kita ubah cara baru untuk hari raya mengelakkan pokai dan mengaruk kepala:

1) Duit raya budak budak ~ gantikan dengan coklat atau gula gula kat dalam sampul surat....
2) Open House ~ gantikan dengan Mass family gathering pada 1 syawal..semua adik beradik cost sharing.. tak yah peningkan diri...yang lain hari tu, jamukan sahaja kueh raya sampai habis.
3) Kain langsir ~ DIY.. do it yourself atau pun beli yang vogue vogue tapi pakai semula for the next 2-3 years
4) Baju raya ~ beli kat larkin atau angsana...kat sinii satu suit $60 - $150.. sana... RM 60 - RM150 je...
5) Sewa kereta ~ satu keluarga berpakat....nak glamourkan? tunjuk baju baju kilat yang baru kann...naik MRT..tayangkan semua orang.....tak yah sewa kereta, buang duit buang minyak je
5) Longtong atau ketupat ~ zaman sekarang semua makin pemalas nak buat, bila suruh beli..semua mengomel mahal lahh keraslahh, lembit lahh...tak faham betul. Beli je instant adabi..masak sendiri...atau tukar je menu...western ke atau masak yang simple..pasal confirm kan kalau pergi 10 rumah..10 rumah makan menu yang sama

Hahahah itu tips saja. Ikutlah kalau nak menjimat. Wak mintak mahap zahir dan batin ye...maklumlah dah lama simpan kuman laser ni sejak ramadan.

No comments: