Salam untuk teman-teman sekelian! Syawal pun telah berlalu. Kini semua sedang menantikan ketibaan Zulhijah. Bulan yang penuh suci, pengorbanan dan bermakna bagi kita semua. 10 Zulhijah ~ Aidiladha! Semua umat Islam di Singapura bukan sahaja sibuk beraya sakan, tapi semua menuju ke masjid, surau dan kampung untuk melihat peristiwa yang kita boleh lihat sekali dalam setahun, korban.. bek bekk..
Raya pun raya jugak kan. Musim orang naik atas pelamin semakin ramai. Hah! sibuklah semua kumpulan tarian di Singapura. Booking sana sini dan tak berhenti henti persembahan tarian pada hujung minggu. Kesian penari penari, lengit dan tak bertenaga. Apa taknya, Ahad 'burn'! Takpelah. Selagi ada 'passion' terus kan. Kita memperjuangkan seni ni. Kerja seni kerja tuhan juga. Ibadah! Tapi tidak ke ketua ketua kumpulan memikirkan suatu strategi baru untuk membahagikan penari untuk minggu-mingu persembahan pengantin. Bergilir ganti. Al-maklumlah, kalau nak sarankan seperti tu, semua akan nyanyi 'chorus' yang sama. 'Tak cukup penarilah.. tak ada time lah nak ajar tarian yang baru'. Hmm terduduk dan terfikir sekejap wak. Kenapa ya? Penyakit ke tu? Kita ada akal bukan, tepuklah dada tanya selera'. Kalau nak suruh ketua je yang fikir strategi baru ni, memang tak leh load. Saraf urat otak boleh kejang. Kita banyak anggota kumpulan bukan.. apa kata ajak mereka semua berfikir sama atau buat 'recruitment' sebagai persiapan awal sebelum menjelang bulan 'hot pengantin atau jemputan persembahan. Kalau kita ada 4 penari dalam kumpulan, sorang bawak satu..dah jadi 8 bukan. Alahh ruang persembahan pengantin bukan besar. Kadang kadang pengantin nak maha glamour, cerewet nak tarian ini dan itulah. Tapi ruang kecik kecipot. Menari pun berlanggar langgar, tercucuk sanggul manggul. Hmmm apa kesudahannya? Akhirnya, salah sama sendiri. Kesian. Wak sarankan, 4-6 penari sudah. Hmmm jadi kita boleh 'reduce' penari. Boleh amik 2 tempahan. 1 group disini dan 1 group disana. Kan muai, berbaloi tuan puan!
Lagi satu tentang pakaian, wak tengok dan bandingkan penari di negara kita, maha glamour dan grand! Buci sana sini. Rantai gantung gantang. Brooch sebesar kepala kita. Kesian pengantin. Kena over-shade. Nampaknya pakaian penari lebih gah dari pengantin. Apa lagi mak andam...upgrade! upgrade! Ni kalau anugerah pakaian terbaik ..kompom penari menang ni. Yang penari penari tu tak yahlah grand grand gitu, kita menari 5 minit je. Memang betul 'kualiti' nak kena jaga. Tapi yang penting persembahan dan perkhidmatan mesti gah dan pengantin puas! Mana tahu adik pengantin pulak kahwen atau pengantin kawen lagi ke..dia jemput awak lagi sekali. Rezeki mendatang tu.. Hmmm mari kita sama sama renungkan ....
No comments:
Post a Comment