Marhaban Ya Marhaban! Selamat Berpuasa..kembali lagi ke bulan suci Allah. Bulan ramadhan al-mubarak! Semuga kita semua sihat dan amalan baik kita di terima serta diberkati Allah. Insya Allah!
Apa kabor semua yo? Ewah lamo tak bergurao sendo yo. Al-maklumlah Wak sibok nah semenjak menjak ni. Nak buat kuih, jahit langsir, jahit songkok, perah kelapo, cuci baju..ehmmp kalahkan suri rumah tangga. Iye lah, orang lelaki ni haruslah kena mahir buat kerjo macam ni. Nak kena training, senang belakang hari bila berumah tangga. Hah tapi jangan kasi manjo sangat kat orang pompan ni, takut belakang hari nanti, kita kena control. Hah dah keno QUEEN CONTROL. Orang lelaki nak kena maju dan berwawasan tak boleh amik perkara yang mudah dan ringan. Ingat tu kaum Adam!
Bulan puasa ni, nak kenalah buat ibadah banyak. Tak banyak pun sekurang-kurangnya sikir sikit. Mcm tolong bungkus bubur surau ke (ponyah budak2 ni nak buat), buat kerja kerja masyarakat dan pelbagai lagi. Jangan datangnya ramadan, nak menyorok ke satu korner, lepak dan lemah macam ayam sakit. Bibir kering, air liur mengalir, macam nak setengah mati. Jangan ikutkan sangat..jangan tidor je..hah itu yang buat lemah! Puasa ni datangnya setahun sekali di bulan ramadan. Kita haruslah menikmati bulan yang suci ini dengan banyak buat ibadah, laksanakan amalan amalan yang baik dan bersabar. Kemenangan di 1 syawal nanti akan rasa nikmatnya dan penuh semangat. Kita lihat musim ramadhan ni....hoiii kalau cakapa pasal terawih, banyak kita leh sentuh. Bila terawih:
1. hari pertama-kelima: penuh satu dewan sampai kat luar perkarangan masjid. Orang berpusu-pusu sampai jadi gaduh.
2. hari keenam-kelapan: dapat kita lihat dewan di bawah, tingkat dua atau tiga yang penuh. Mana lain? Alasannya..penat...masa tak sesuai dengan waktu kerja...atau ambil yang sunat je.
3. hari kesembilan-kelima belas: hah paling seronok! satu dewan je penuh tak pun setengah dewan.. boleh kira beberapa baris je .. mana orang orang lain yang berpusu-pusu tu..hmmm dorang pun buat ibadah jugak...dorang tu semua kat geylang tengah shopping, takut ketinggalan dengan sale dan promotion. Itu namanya 'Shop-badah'. Hari raya paling important, takut khusyuk sangat ke terawih je..tak sempat nak beli barang barang latest utk raya.. isyh ish
4. Hari keenambelas - kedua puluh lima : Amik yang sunat atau pilih hari yang dorang suka dimana ...hari hari terawih yang istimewa..sanggup suruh anak pergi beli buku panduan terawih dan photocopy besar2 letak kat umah...hari apa yang paling istimewa. emmph emmph masjid dah mcm restaurant yo...mcm pilih menu.
5. Hari kedua-puluh enam dan terakhir: Hah! baru rasa sedar.. "eh eh dah lama jugak aku tak pergi terawih..sibuk sangat dengan siapkan hari raya sampai tak sedar" - chorus tu semua dah basi dahh....baru penuh balik....dengan rasa taubat dan kesal....
Hisyyyhh macam macam pattern bulan ramadhan ni. Rayo pun rayo jugak tapi kena ingat kita berpuasa ni bukan nak kena countdown bila rayo. KIta harus banyak beribadah. Beribadah dalam segi sumbangan tenaga, rohani, dan pelbagai lagi. Apa yangkita lakukan harus lah dengan penuh kesabaran dan kesedaran yang penting iklas....
Besok Wak kembali lagi yo...kita sentuh episod 2 WARNA WARONG RAMADHAN....Marhaban Ya Marhaban!
Sunday, September 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
'ABANG' Hamz ke tu.. ceh.. hansem ah eh.. just wishing you a very successful life yah.. kalau ade event, beritahu kita.. kita nak datang tengok and support..
Post a Comment