Monday, June 2, 2008

Yang mana satu betul?

Salamz Ukhwah Teman Teman sekelian!

Alhamdulillah, buka kembali warong kopi seni ni. Maklumlah sekian lamanya wak berehat. Yer lah, wak pun nak berehat jugak..maklumlah bisnes dah 'boom' gitu. Ewah! Apa khabar semua? Baguslah, yang sihat tu terus amalkan gaya hidup dan makan benda-benda yang sihat tu. Yang kurennng sihat tu, makanlah ubat..cukup tidur hah! makan tu pun jaga jugak. Wak kat sini ada macam macam penawar dan ubat ubat lama untuk sesiapa yang senggal2 tu, tulang bisa..dah segala gala yang sakit tu pun, wak leh ubatkan..hehek! Kita orang melayu ni memanglah boleh ke dukun2 atau Mak Itam ke untuk perubatan tradisional... ye lah kita pun nak kena berusaha juga. Jangan kita isim sangat sampai terperangkap dengan benda benda yang kita tak inginkan..takut makan diri sendiri. Wak banyak bergaul dengan orang-orang 'medium ni' ada yang gelar dirinya pawang hang tuah, ada pulak tok bomoh ni gelar dia bomoh roro kidul..iyssskkk! pelik pelik nama dorang ni. Tapi beberapa pawang yang wak kenal hanya 1 saja wak rasa yakin benar dengan dia. Dia ni orang lama. Nama nya 'secretlah' ya kawan kawan. Pawang yang wak maksudkan ni handal, wak pernah dengar sana sini, lihat dengan mata wak sendiri. Dia ubatkan dengan macam macam cara untuk sembarang penyakit, peninding, susuk dan pelbagai macam. Hmmm...orang kita ni suka benor dengan pawang memawang ni..yelahh ikut individu masing masing..tapi jangan terlalu mengharapkan dan yakin sangat dengan benda ala ala ni. Kita tidak bolehlah menyingkirkan tuhan yang maha agung dan mengahsini kita iaitu Allah Swt. Bak orang kata apa.. kita merancang tuhan yang menentukan. Eh eh terkeluar ring pulak cerita wak nari..tak pasal-pasal..bual tentang dukun.

Ahh..wak ni nak xpelen sikit kat pembaca tu. Mungkin ramai kenalan wak diluar sana hairan ye..kenapa nama wak ni ada berpangkatkan 'Engku ataupun Raja' sedangkan nama wak hanya gitu saya 'H_ _ _ _ _ _'. Isyhhhh takkan wak nak pandai-pandai pulakkan..hisshhh salah letak boleh makan diri sendiri..tak boleh buat main main. Itu nama kerabat, berdaulat tu. Hmm..mungkin ramai belum kenal asal usul wak sebenarnya. Wak ni berketurunankan dari keluarga di-raja Rhiau-Lingga. Hah wak ni cucu cicit Almarhum Raja Ali Haji (pujangga seni) dan Yang dipertuan muda Raja Haji Fisabillillah..serta Daeng Chelak. Mereka ni datuk moyang wak. Mereka ni pahlawan negara, lanun besar tu! Hah dari 7 adik beradik daeng ni, mereka berpecah dan bertakluk kepada negara masing masing seperti johor, selangor, bintan dan banyak lagi. Wak ni anak keturunan yang ke -9 dari zuriat Yang Dipertuan Muda Raja Mansur. Hoi panjangg.....kalau cerita tak kan habis. Wak ni juga berketurunan yang ke 7 dari keluarga besar raja di Istana Kg Glam. Memang panjang ceritanya..dulu wak ni memang ada nama raja di depannya. Tapi sebab wak ni asyik sakit je dari umur 1 tahun sampai 3 tahun. Almarhum nenda wak bercadang untuk tanggalkan nama wak dan nama ayahanda wak sekali..sebab tu lah pada siapa yang maha heran..inilah cerita sebenarnya. Tapi walau apa pun, kita hiudup ni tak perlulan mengagung-agungkan dengan darjat yang kita ada. Kita semua sama...ciptaan allah. Cuma ada sikit keistimewaanya saja ye...

Baiklah sampai disini saja lah. Wak nak berehat..dah dua hari ada migrain! Jumpa Lagi.

Wassalam!!

No comments: