Menu Hari Ini
Mee Jasa & Budi
Kacang Lupakan Kulit
Sup Sayang di Sayang
Air Blended Suam
"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Setelah sekian lama berjuang dengan penyakit kerosakan hati, pelakon dan pelawak veteren, Yusni Jaafar atau lebih dikenali sebagai Ibu Yusni telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Selayang.Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumahnya di Subang Jaya dan akan dikebumikan hari ini. Perkara ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang telah menghubungi murai.com.my pagi tadi. Warga murai.com.my mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya."
Beliau adalah seorang bintang yang Wak sayangi. Lakonan dan penampilannya sangat disukai ramai, beliau seperti seorang ibu panggung yang mencuit hati ramai penonton, tidak kiralah dari pentas, drama atau pun filem. Ibu Yusni, ni sebenarnya merana dan memendam rasa kerana anak anaknya membuat dia sedemikian. Sanggup ke anak anak ni yang menhiraukan dan tidak mempedulikan seorang ibu. Oiiittt...kalau kereta rosak boleh ganti yang baru. Kalau makwe lari, boleh cari lagi satu..ini kalau ibu yang pergi...untuk selamanya..dan tidak ada pun yang boleh menggantinya. Ingatlah anak anak disana, selagi sihat dan hayat ibu masih ada, layanilah, jagalah dan ambil perhatian penuh kepadanya. Bagaimana susahya ibu kita membesarkan kita, inilah masanya kita balas jasa dan budinya. Ibu Yusni adalah seorang seniwati disegani ramai, gugurlah seorang bintang yang disayangi selama ni. Wak sungguh sedih....Al Fatehah!
Air Suam satu!
No comments:
Post a Comment