skip to main |
skip to sidebar
IDENTITI MELAYU - SIAPA YANG SALAH
MENU HARI INI
~ Nasi Seni Penyet ~
~ Sup Satu Hati ~
~ Kopi'O Wak Seni~
Assalamualaikum Semua Pembaca.Mesti ramai yang tertanya-tanya, lelaman blog yang dahulu tidak dipakai lagi ke? Kenapa blog glamour gitu. Wawasan beb! bukan glamour. Glamour tu tak pernah berada di dalam kamus ku. 2008, buku baru, diari baru dan segalanya baru. Termasuklah blog ku yang baru. Yok Kopi'O Teh Tarek! Apa lagi, singgahlah ke WARONG SENI. Disini tempatnye semua hal ehwal dalam dan luar pasal seni. 'No personal blogging' semua tentang SENI. Jadi ini bermaksud blog lama aku tu tak dibubarkan, masih hidup. .Alhamdulillah seni pementasan di Singapura ni semakin berkembang dan membangun. Dengan hasil kerja dan tenaga anak anak muda kita yang ada sekarang, dapat membantu seni & budaya Melayu kita berdiri dengan gah. Apatah lagi, budaya Melayu kita semakin pupus bukan kerana di telan zaman tapi dirosakkan bangsa sendiri. Isyhh Isyhh Isyhh! Naik gerun Wak tengok. Seni ni halus. Tapi sekarang Wak rasa seni ni dah jadi kasar malah berkarat. Ramai perjuang seni, ramai kumpulan seni disana sini, tapi yang tukang bawak tu..Ya Allah, salah bawak.. ada buat sesuka hati, dan ada pulak mengubah-ubahkan alasannya..ciptarasa baru. Mana identiti kita sebagai Melayu. Negara kita sungguh kecil, tawaf 647km tetap sampai, mana mana pergi tetap terserempak, pasti jumpa.. Yang hairanya si 'MS' tu tak jumpa jumpa ye..kenapa eh'? Isyyhh! balik pada SENI.. Walaupun semakin banyak kumpulan yang ditubuhkan di merata pulau ni, tak ada salahnya WAK rasa. Ini lah dikatakan semangat seni, tadi dik oi jangan salah bawa. Kalau tak yakin jumpa orang orang lama dan yang 'senior' dalam seni, Insya Allah mereka boleh tolong. Tidak ada salahnya untuk awak buka sana sini, tapi wak percaya semangat tu jangan semangat 1 saat. Cakap je lebih buat tak ada.. lagi lagi kalau gemar gosip dan tunjuk jari kat orang..padahal cermin tu tengah berdiri depan orang tu. Hah inilah boleh buat Melayu rosak kerana tiada perundingan, pendamaian dan bersatu hati. Inilah penyakit Melayu. Bila nak berubah????????? Wak harap, bersatu hati dan berkerjasama ni perlulah..tak usahlah berpuak sana sini dah macam BN dan PAS pulak, negara Islam tapi tetap berperang. Wak harap Seni di Singapura harus tetap dibela dan diperliharakan dengan sempurna. Tolong sama-sama baru meriah!
Kopi'O Teh Tarek!
No comments:
Post a Comment